Khamis, 27 Disember 2012

Ikatan Janji

 
 

 
dalam tidak sedar sudah  hampir sebulan aku menyarung cincin ini
aku berdoa, moga saja ikatan ini hingga ke lafaz mulia itu
lafaz akad yang akan menyatukan kita kelak.
In Shaa Allah dengan izinNYA
jangan pernah henti berdoa, moga kita terus di beri kekuatan
mengharungi segalanya.
 
 perancangan awal sekadar datang merisik khabar
akhirnya orang tua sepakat tunangkan kita sekali
 Benarlah kita sekadar mampu merancang,
mulanya merancang ikatan janji pada hari kelahiranku
namun siapa kita mahu menolak andai itu sudah ketentuanNYA
ikatan janji di awalkan sehari, ku kira itu petanda baik buat kita
tiada majlis semeriah orang lain, tiada barang hantaran, tiada gambar untuk diabadikan
sekadar kenduri doa selamat tanda syukur segalanya selesai.
 
cukuplah..
aku tidak meminta lebih, sekadar adanya saja
cukuplah sebentuk cincin dan kain pasang buatku
terima kasih atas pemberian itu.
 
mengharapkan segalanya yang baik-baik saja buat kita.

 
 
ikhlas dariku, untukmu..



***kata orang ikatan pertunangan ni punya banyak dugaan, mujur jarak antara kita jauh dan jarang sekali dapat berjumpa. tidak mengapalah. itu mungkin yang terbaik.
 


28 ulasan:

  1. teringat kisah akak pada tahun bulan October 2000.
    bawak en suami konon nak kenal dgn mak ayah tp en suami bawak mak ayah dia sekali..so terus sarung cincin..sebulan lepas tu kami dinikahkan..akak pun x tahu mcm mana rasa alam pertunangan sbb masa singkat sgt.sebenarnya mak ayah mmg x galak kami tunang lama2..buat mana penting je ;)

    smoga kamu bahagia ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Kak Irfa..

      wah dah hampir 12 tahun kisah tu kak, ehe.. org ckp alam pertunangan ni banyak dugaan,kena banyakkan sabar. kak Irfa dlm tempoh bertunang tu tak rasa sgt mesti masa tu sibuk buat persiapan kawen kan. Syukurlah segalanya dah selesai :)

      Padam
  2. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih keberhasilan
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

    BalasPadam
  3. salam kenal...follow cni....

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.... yang baik perlu dipercepatkan... semoga bertemu jodoh dengan cinta hati ye

    BalasPadam
  5. zaman bertunang ni khabarnya sangat mencabar. so sentiasa berhati hati dalam perhubungan dan banyakkan bersabar :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bersabar semampunya. dugaan kena tepis dgn cara yg paling berhemah :)

      Padam
  6. semoga dikuatkan kedua-dua hati untuk kekal menjadi suami isteri yang sah dan diredhai Allah S.W.T :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih doanya Cik Tia, btw nama kita sama la.ehe :)

      Padam
  7. Tahniah...dah jd tunangan org....moga sentiasa berbahagia....AMIN....

    BalasPadam
  8. salam kenal, dah elok la tu, masa tunang memang di buat for family,nanti masa nikah baru di heboh dn di meriahkan.Nice ring .suka.pattern cantik dn unik.baca sajak u memang touching habis.sayu .msti tunang you baca pun rsa gitu jugak..moga hubngan dgn tunang kekal smpai bila2 sebagai suami isteri.amin..

    BalasPadam
  9. Henrietta~~terima kasih ea. mudah-mudahan begitu la hendaknya :)
    IndaMarya~~salam kenal dariku.ehe..
    ring tu jenuh jugak nak cari. pegi 4 5 kedai xsilap last2 saya dengan c dia berkenan ring yang 1 ini. entri ini ditaip bagi meluahkan segala rasa di hati. chewah :)

    BalasPadam
  10. haha puan jas to be.. congrat sappok..

    BalasPadam
  11. mmg byk tau dugaannya. tapi insya Allah...kalau niat tu baik, mesti mampu hadapi. neway, congrats to you sis. semoga cepat ke jinjang pelamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. doakan dari kejauhan ye sis. msh banyak yang nak kena pbaiki sebelum ke jinjang pelamin

      Padam
  12. selamat menempuh bahagia, hadapi semua dugaan dgn tenang

    BalasPadam
  13. salam bungatulip :)

    mudahnya harapan bungatulip...untung si jejaka tu :)

    BalasPadam
  14. Cinta Misteri~~~cuma mengharapkan ketenangan di waktu dan ketika ini.

    Ayie Abas~~~Harapan yang setinggi gunung :)

    BalasPadam
  15. amin..moga cpt sampai jodoh ya..;-)

    BalasPadam
  16. moga di satukan secepat mungkin

    BalasPadam
  17. semoga kekal hingga ke pelamin..

    BalasPadam
  18. Are lin, Nong Andy ngan CKJ~~ terima kasih doa kalian, moga jalan untuk bersatu dipermudahkan :)

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Salam.. Tahniah liau :) moga berpanjangan hngga ke syurga amin :)
    sentiasa mendoakan kebhgian kalian :) Aman peace :)

    BalasPadam