Isnin, 24 September 2012

Spegeti prego siap!

Assalamualaikum...

Semalam macam biasa menghabiskan cuti hujung minggu di rumah akak. Nak balik rumah mak agak jauh kena seberang Laut China Selatan, makanya aku buat keputusan muktamad duduk diam-diam di rumah kakanda yang tersayang...

Bila kita dok saja dirumah mesti tekak terasa nak makan itu ini kan, pantang tengok rancangan masakan dalam tb, sepantas kilat nak cuba resepi. Bila Chef Riz tunjuk cara mudah sediakan spegeti guna sos prego lelaju aku gi cari bahan. Konon nak buat yang macam dalam tb..nak yang macam tu jugak!


Nah...ini dia bahan yang cukup ringkas dan mudah disediakan 


potong ikut citarasa masing-masing. Siap sedia untuk dimasak..


Inilah hasilnya selepas gigih siapkan masakan di dapur

Sebenarnya sos prego ada banyak jenis, cara penyediaan dan bahan untuk spegeti pun ada pelbagai ia bergantung pada selera masing-masing. Memandangkan aku adalah penggemar keju dan sayuran makanya sos prego keju dan herba menjadi pilihan. Tambah dengan sayur brokoli @ sayur pokok lagi membuka selera. nyam2 :)

  
Setelah kedua bahan di campurkan inilah hasilnya



 ...dan lagi setelah di zoom in pada jarak yang lebih dekat


Akhirnya siap jugak Spegeti Prego Perisa Keju air tangan Bunga Tulip..Mengisi masa lapang dengan mencuba resepi baru seronok gak sebenarnya.  Sekali rasa ingatkan dok makan kat Secret Recipe dua kali rasa laa.. aku kat rumah rupanya :)

 


Khamis, 20 September 2012

Ucapan yang tertunda

Assalamualaikum...

Syawal yang sebulan kita raih sudah berlalu sebenarnya..arini dah 4 Zulkaedah..aci lagi tak nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' pada semua.Yelah terkadang tanpa kita sedari ada tutur kata mahupun perbuatan kita yang mengguris hati orang lain..


Raya bersama 'cucu kembar' @ 21 Ogos 2012
  
Walaupun perkenalan sekadar di alam maya ku mohon maafkan segala silap dan salah. bermaaf-maafan kan amalan mulia
 
bersama bonda..tahun pertama beraya tanpa arwah Bapa di sisi
 
 Tahun ni sempat beraya di kampung halaman 6 hari sahaja, tidak seperti tahun-tahun yang lepas menghabis masa di desa nan indah sehingga 2 ke 3 minggu lamanya. Raya ke-8 bertolak ke negeri Terengganu Darul Iman menghadiri kursus walaupun mod raya masih menguasai diri diketika itu..
 
 
buah tangan dari anak-anak Terengganu.Senyum sokmo dapat selendang pashmina


Kursus kali ini majoriti peserta dari Pantai Timur, ada yang bergelar ustaz ada jua ustazah yang kebanyakan mereka adalah guru di sekolah agama. Pengalaman dapat bekerjasama dengan kalian cukup indah untuk di kenang, banyak ilmu yang dikongsikan bersama.Terima kasih atas ukhuwah yang terjalin..


**bulan syawal tahun ni agak sibuk sebenarnya dari Sabah g Putrajaya g Terengganu g Melaka g Putrajaya balek sumanya dalam tempoh sebulan. Baru berkesempatan menjenguk blog..ulangtahun pertama blog pun sudah terlepas.aishhh..

Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak 1433H

Ramadhan..
bulan yang mulia tiba lagi
hadirmu di nantikan semua

Ramadhan..
Engkau datang bersama
seribu kebaikan untuk aku, dia dan mereka
seluruhnya...



Moga kita mendapat keberkatan dariNYA


Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua :)

Khamis, 19 Julai 2012

Asam pedas versi Sabah

Asam pedas? ehe bila sebut asam pedas je mesti teringat Melaka, begitu jua bila berkunjung ke Melaka mesti nak makan asam pedas kan..makanya asam pedas dengan Melaka memang tidak boleh di pisahkan :)

Pernah hari tu aku yang tak berapa reti nak masak ni saja nak cuba try taste, yelah selalu makan asam pedas air tangan housemate (anak jati Melaka) sekali sekala nak jugak merasa masakan sendiri.

Dengan gigih aku pun sediakan bahan-bahan yang diperlukan tapi tak ikut resepi sangat, menurut kata housemate je dia kan sumber rujukan bila aku nak masak. Bahan-bahan pun ikut apa yang ada kat rumah dan ini jelah yang mampu di sediakan...


2 ekor ikan untuk 2 orang makan...ok la kan


 ya...kami masih menggunakan lesung pipit batu. oldschool gitu kan


 
berbekalkan api nyalaan kuning yang sewenangnya menghitamkan periuk

Masak punya masak, gaul punya gaul dan bila rasa kuah sedikit pekat aku tambah lagi dengan air asam jawa, bila terlebih masam aku tambah lagi sedikit garam..bila semua sekali bahan dah masuk dalam periuk dan kuah dah nampak rupa asam pedas cecepat aku tutup api. Tak nak bagi bendi lembik dan ini la hasilnya...


asam pedas versi Sabah :)

Makan makanan yang di masak sendiri cukup puas hati kan, sedap tak sedap tolak tepi la yang penting kita sendiri yang masak :) bila selalu masak lama-lama pandai la kan kira dah boleh kawin dah tu..

Rabu, 11 Julai 2012

Wordless Wednesday - Bekal


Ni ape kes muda belia dah korek tabung
(jangan tiru macam saya)


***Masa tengah sihat dan masih ada kudrat untuk bekerja ni beringatlah selalu.. Dalam kita sibuk berbelanja itu dan ini jangan lupa menyimpan sedikit bekalan untuk kita di hari tua kelak :)

Jumaat, 8 Jun 2012

Lain tempat lain dugaannya..

Jumaat...Masuk hari kelima bertugas ditempat baru, suasana baru, rakan sekerja baru semua pun serba baru.

Kena bermula dari kosong..kena pandai hidup berdikari..kena pandai timba ilmu sendiri mencari siapa yang sudi mengajar ilmu pekerjaan di tempat yang sebenarnya begitu asing bagiku. Kalau di turutkan hati mau hari-hari menumpahkan air mata. Ah pergi jauh-jauh dariku, aku mahukan kekuatan aku mahukan semangat, itu sebenarnya yang perlu ku cari di waktu ini.

Bilamana hati bertukar kental, semangat menjadi benteng diri, disitu kita akan mendapat kekuatan untuk melawan segala apa cabaran yang mendatang. Dugaan itu ada di mana-mana, hanya diri sendiri yang perlu bersedia menghadapi segalanya.

tersimpan di dalamnya amanah yang perlu di pikul dengan penuh tanggungjawab

Percaya la wahai hati..ini semua hanya cabaran untuk sesuatu yang jauh lebih baik di hari kemudian. Permulaan memang selalunya begitu ia akan datang bersama dengan dugaan yang penghujungnya akan berakhir dengan kemanisan. Allah telah merancangkan segala yang terbaik buat hambanya, usah di tanya kenapa kita di uji tapi kita perlu syukuri setiap apa saja ujian yang di beri..Allah menduga kita tatkala kita jauh dariNYA. DIA mengingatkan kita untuk selalu mengadu kepadaNYA, meminta perlindungan dan kasih sayangNYA..

Allah sentiasa ada untuk mendengar luahan hati, meminta la hanya padaNYA. Dikuatkan semangat untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh. Di hari depan pun kita tidak tahu pengakhiran apa yang akan kita perolehi. Moga sentiasa dalam redha dan lindungan ILAHI..


** dimana pun tempat kita mencari rezeki, itu bukan ukuran, yang penting kena ikhlas kan hati. semoga kita semua mendapat rezeki yang berkat dariNYA. di situ akan terasa betapa manisnya nilai sebuah pengorbanan :)

Khamis, 24 Mei 2012

Semalam di sana

Tahniah kepada semua yang cemerlang


Semalam menghadiri satu majlis kat tempat kerja..antara event terakhir aku di sini sebelum memulakan tugas di tempat baru..Di mana? aku sendiri pun tidak pasti.. belum ada penempatan khusus diberikan.

Esok hari terakhir bertugas, ah... boleh tak masa itu di panjangkan lagi. Rasa tidak cukup aku menimba pengalaman 3 tahun di sini. Bermakna aku harus meninggalkan semuanya, tidak mengapalah andai diberikan kesempatan di lain masa pun kita boleh berjumpa lagi. Moga pautan ukhuwah antara kita terjalin selamanya :)

 Apa pun aku mensyukuri nikmatmu Tuhan, moga ada rezeki yang lebih baik menantiku disana. Disebalik khabar dukacita dulu, rupanya Engkau titipkan aku kegembiraan di hari ini. Alhamdulillah..