Salam petang semua. Ada berapa minit je lagi nak balik kerja..kang sampai rumah nak sambung kerja masak memasak pulak..
Tetiba teringat kepurung, ada sesetengah orang panggil kapurung. Bila aku google search taip 2 nama ni benda yang sama gak kua. Tak kisah la nama ape pun yang pasti ia memang sedap lebih-lebih lagi bila dapat makan beramai-ramai sambil tengok tibi siaran percuma.
Kalau nak tahu ini la kepurung, masak kat rumah awal bulan lepas haritu..
sambal cili tomato/sambal bilis/bebola kanji
Kesemua bahan-bahan di atas akan di campurkan sekali. Nak lagi kaw-kaw letak la cili tu sebanyak yang boleh mengikut daya tahan pedas masing-masing. Makan kepurung ni mengenyangkan sebab ia diperbuat daripada tepung kanji. Ada sesetengah orang guna tepung ubi kayu kalau di Sabah guna sagu. Tapi kat semenanjung ni macam tak pernah jumpa lagi la. So kalau nak senang pakai tepung kanji jelah ea..
kuah...rupa memang tak berapa nak lawa, tapi rasa die terbaek..
Nak masak kepurung ni senang je, kuah die macam kite buat sayur masak air tapi kena tambahkan dengan sedikit belacan. Gambar kat atas ni kitorang guna sayur bayam dan letak jantung pisang yang dah siap rebus. Tapi terpulang selera masing-masing, sayur kangkung pun boleh jugak. Tambah ikan sardin setin dan letak la garam secukup rasa, takyah banyak sebab belacan tu dah masin.
Tadaa...Kepurung siap sedia untuk dimakan :)
Aku ni sekali sekala je rajin masak kat rumah..bukan malas tapi tak rajin nak makan sorang-sorang. Housemate yang lain semua on diet. So aku pun jadi tak selera nak makan bila terpaksa dok menghadap makanan sensorang. Ada sekali tu aku bagi la diorang makan kepurung, semua kata first time rasa makanan ni. Ada yang cakap rasa die macam laksam..maybe sebab kuah kepurung ni masam, siap perah limau kasturi lagi..rasa macam laksa pun ada yang pasti diorang makan dengan berselera sampai tak jadi nak diet malam tu :P
jemput la makan..jangan memalu ea
Apa-apa pun aku happy bila dapat bagi diorang rasa makanan ni, salah satu makanan suku kaum Bugis di Sabah. Selalu kalau kat kampung buat masa cuti then makan reramai di anjung rumah. perghh.. memang terbaik, tambah lagi bila di sapa oleh angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup di petang hari, cili pun dah tak rasa pedas.Makan sampai lupa nak kenyang.Betul tak tipu.
**sape yang pernah makan kepurung ni? sila angkat tangan :)